21 April 2009

Panduan Zikir Lataif Al-Ghaibiyyah

ZIKIR LATAIF AL-GHAIBIYYAH

Alhamdullahir Rabbil aalamin wabihi nastain wassolatuwassalam ala sayyidina Muhammadin nabiyyu rahmah. Wa aala alihi wasohbihi ajmain. Amin.

Assalamualaikum warahmatullah. Saudara-saudari yang dikasihi dan dihormati semua sementara menemui penjelasan yang lebih baik, di sini diturunkan pengetahuan sejenis zikir khafi (zikir senyap) dalam method atau kaifiat zikir thariqat Shattariah-Amfasiah secara ringkas. Namun begitu isian zikir dan bagaimana prosesnya tidak dinyatakan kerana ia memerlukan bai`ah secara resmi guru (syeikh) kepada murid (salik) yang berkehendak dengan ikhlas hati untuk beramal dengannya.

Di dalam Al-Quran surah Al-a’raf ayat 204 ada tersebut perintah sejenis (method) zikirillah iaitu:

???? ??? ?? ???? ????? ????? ???? ????? ?? ???? ????? ??????? ?????? ?? ????????

Maknanya: `Dan ingatlah akan Tuhanmu di dalam dirimu dengan merendah diri serta dengan suara hati dan dengan tidak pula menyaringkan suara pada waktu pagi dan petang dan jangan engkau menjadi orang yang lalai`.

Berdasarkan kepada sumber wahyu Allah s.w.t. seperti inilah maka method zikir lathoif al-ghaibiyyah diaplikasikan dalam peramalan thariqat Syathariah Amfasiah. Ia suatu method peramalan yang untuk cepat mencapai makam makrifat fana fillah dan baqa billah. Method pengamalan zikirullah yang ada hubungkait jasmani manusia sebagai mikrokosmos atau dunia kecil (alam soghir) dengan dunia besar makrokosmos (alam kabir) dipertautkan kedua-duanya dengan maksud yang tersebut melalui latihan-latihannya yang khas diharapkan memperolehi kesatuan antara tubuh lahir dengan tubuh batin (jiwa) dan kesatuan dengan batin ruh semesta atau disebut laut kehidupan (Bahr al- hayat) atau Ruhul-adzim.

Kaedah zikir lataif al-ghaibiyyah banyak ditumpukan melalui meditasi yang berbagai cara bagi memperolehi kesempurnaan pencerahan bathin (Englightment) menyambut Firman Ilahi: `Wazkur rabbaka fi nafsika` iaitu, `Dan ingatlah akan Tuhanmu di dalam dirimu` yang tersebut di atas sesuai dengan kata para Arifinbillah: `Afdhalu zikri zikrul khafi` yang bermaksud, `Bahawa zikir yang terlebih afdhal itu ialah zikir khafi` iaitu zikir melalui minda, atau hati atau pun sirr. Yang Mulia ummul mukminin Aisyah r.a. pernah berkata, `Bermula zikir yang tidak di dengar oleh Malaikat Hafazah itu melebihi 70 kali ganda (baik-manfaat) daripada zikir yang di dengar oleh Malaikat Hafazah`(H.R.Bukhari). Kata Sultanul Aulia Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, `Zikir khafi itu tidak diangkat oleh malaikat (kerana tidak diketahuinya-p) kerana ianya adalah rahsia (Sirr) antara hamba dengan Tuhannya (Allah s.w.t.)’. Rasulullah s.a.w. adalah menjadi teladan kita terhadap zikir daim atau zikir lathaif al-Ghaibiah ini melalui sebuah hadits riwayat Muslim iaitu: `Kaana Rasulullah s.a.w. yazkurullaha alaa kulli ahyanihi`. Ertinya, ‘adalah Rasulullah s.a.w. selalu berzikir (ingat) kepada Allah pada setiap masa dan waktu (Tiada masa yang beliau tidak berzikir – samada kerja lisan atau minda, hati, ruh dan sir atau bagaimanapun sahajalah yang baginda sendiri terlebih tahu-p)`.

Manusia terdiri dari empat dimensi (fakulti) pada dirinya iaitu jasad, akal, emosi (nafsu) dan ruh. Apabila berkumpul keempat unsur tersebut maka seseorang itu disebut manusia. Manusia menjadi kuat imannya dan selamat Islamnya apabila setiap detik ia dapat berhubungan dengan Tuhannya (Allah s.w.t) melalui empat dimensi tersebut. Sebab itulah perintah Allah s.w.t. supaya seseorang setiap detik mengingatiNya seperti firman Allah s.w.t: `Faizaa qadhaitumus solaata fazkrullaha qiaaman waqu`uudan wa ala junuubikum` ertinya, ‘Apabila kamu telah selesai mengerjakan solat maka kerjakanlah zikir (mengingati Allah) baik waktu berjalan atau waktu duduk dan waktu kamu berbaring`. Dan lagi Firman Allah s.w.t. Allaziina yazkuruallaaha qiaaman waqu`udan wa`ala junuubihim wayatafakkaruu fii khalqis – samaa waatiwal`ardhi. Rabbanaa maa khalaqta haazaa baathilan subahaanaka faqinaa `azaabannaar`. Ertinya : ‘Iaitu orang-orang yang menyebut (mengingati) Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan berbaring dan memikirkan (tafakur atau meditasi) tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata `Ya Tuhan kami tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Maha Suci Engkau, Peliharalah kami dari seksa api neraka` (Surah Al-Imran : 190 ).

Adapun lisan, minda, hati dan Sirr yang selalu menyebut dan mengingati Allah tanpa putus itu lambat laun akan dikurniakan rasa `zauk` atau asyik dengan Tuhan dan merasa diri berhampiran selalu denganNya. Lantaran itu hati akan bercahaya dengan nur iman, Islam dan ihsan lantas memperolehi jazbah serta kesempurnaan pencerahan makrifat melalui lima disiplin thariqat (kaifiat thariqat ) yang khas iaitu :

1. Pengendalian diri. Bertindak selari dengan kehendak Al-Quraan dan As-Sunnah Rasulullah s.a.w. dalam hubungan dengan Allah dan hubungan dengan makhluk.
2. Ketaatan (lakukan tanpa berontak-enggan) dalam peramalan-ibadat sama ada yang wajib atau yang sunat.
3. Mengatur zikirullah dengan Sirr (Nafas, ampas, tanapas, nupus). Atau disebut pas-infas yakni mengatur perjalanan nafas iaitu suatu peroses menarik dan juga mengeluar (menghembuskan) nafas bersama asma-asma llahi supaya bersikulasi dalam tubuh secara otomatis diikuti kemudiannya dengan muraqabah atau pun musyahadah (kontemplasi). Seterusnya mencapai eksistensi kesedaran Ilahi dalam diri secara berkekalan.
4. Duduk dengan posisi tertentu dalam tafakur-Khalwat (meditasi). Dalam hal ini disarankan hendaklah menyediakan tempat ibadat zikir yang khas. Pakaian khas yang suci bersih. Badan mesti suci zahir batin dengan mandi dan wudhu` terlebih dahulu. Menghadap ke arah kiblat, mengikhlaskan niat zikir kerana Allah iaitu mahu atau niat mencapai kesedaran Ilahi sejati dan mencapai kesempurnaan pencerahan oleh Allah s.w.t.
5. Menutup seluruh pancaindera iaitu membuang segala ingatan yang lain dari Zat Yang Maha Suci. Dari sini berlaku konsentrasi ruhaniyyah di mana ruh sebagai titik pusat wujud manusia dan asas kehidupan selaras dengan Firman Allah s.w.t. iaitu Tuhan melimpahi manusia dengan kehidupan dan kesedaran semata melalui tiupan ruhNya (lihat Qs, Shad 38:72). Dengan itu ruh sebagai jambatan antara transedensi dan imanensi Ilahiah. Lantas merasakan kehadiran Ilahi saperti Firman Allah s.w.t: `Waizaa saalaka ibaadi anni fainni qarib`. Ertinya, ‘Apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat`. Maka untuk mencapai kesempurnaan rohaniah dan kesedaran samesta terdapat tiga disiplin lanjutan daripada lima yang tersebut di atas iaitu:

1. Konsentrasi pada suatu fokus yang tertentu.
2. Tafakur (meditasi).
3. Khalwatiah (suluk).

Melalui tiga disiplin tambahan ini seseorang salik diharap mencapai suatu tingkat kesedaran dirinya bahawa kemanusiaannya (egonya) hilang (fana) lalu ia mencapai tahap spiritual tertinggi memberikan suatu kebahagian jiwa serta makrifatullah yang sejati (Spritual Enligthment). InsaAllah.

Pelayaran ruhaniah salik menuju pusat sejati ruhnya (hubungan dengan alam tinggi) adalah seperti berikut iaitu dari alam pertama iaitu alam rendah menuju alam tinggi (tarqi) hingga tujuh alam;

1. Alam tubuh
2. Alam hati sanubari
3. Alam mithal
4. Alam ruhul haq -alam malakut.
5. Alam sirullah -alam jabarut.
6. Alam sirru-sirr -alam lahut.
7. Alam al haq -alam hahut.


1. `alam-i-tabiat (the world of nature-man)
2. `alam-i-syurah (the world of forms)
3. `alam-i-ma`na (the world of spiritual perception)
4. `alam-i-malakut (the world of imagination)
5. `alam-i- jabarut (the world of archangelic)
6. `alam-i-lahut (divine nature)
7. `alam-i-hahut (divine essence)


PENGENDALIAN DIRI :

Jika seseorang calon salik ingin mencapai taraf Ahlillah sejati hendaklah mengamalkan sebelas perkara pengendalian diri ini. Jika tidak, mungkin pencapaiannya terlalu lambat dan mungkin gagal.

1. Beribadah wajib dan sunat berserta murnikan akhlak (lihat tajuk "Genta Rohani Seruan Rabbani" dalam Web ini).
2. Hapuskan pemikiran yang melenakan (khayalan bangsa nafsani-duniawiyah).
3. Berzikirlah selalu terhadap Allah ( jangan putus dari minda, hati dan sirr).
4. Berkelisiklah (muraqabah) selalu akan kesedaran diri terhadap Allah s.w.t.
5. Timbangkan diri setiap hari tindak tanduk dan prestasi ibadat (muhasabah).
6. Ikutilah pengajaran guru (Syeikh) yang hak dengan penuh kesedaran bathin.
7. Jangan terlalu suka kenyang (bermewahan makan harian). Kalau boleh lakukan ibadat puasa sunat kerana Allah.
8. Bangun solat malam walaupun untuk dua rakaat sumbangsihmu kepada yang dicinta.
9. Hendaklah banyak mengunci mulut menundukkan mata terhadap perkara perkara yang tidak berfaedah dan mendatang kan dosa.
10. Merasakan diri mu bagai sebiji debu melata disisi keagongan dan kemuliaan Allah yang maha kaya lagi maha berkuasa.
11. Menangislah dalam batinmu di atas segala keterlanjuran dosa.

Dan ingatlah sabda Rasulullah saw yang membawa maksud menyuruh menyelamatkan diri dari lima perkara yang mengakibatkan memudharatan diri akhirnya nanti iaitu:

a. Jangan cintakan duniawi nanti lupakan ukhrawi.
b. Jangan cintakan makhluk hingga lupakan khaliq.
c. Jangan cintakan harta hingga lupakan hari hisab.
d. Jangan cinta berbuat dosa hingga lupakan taubat.
e. Jangan cintakan kemewahan hingga lupakan kuburan.

SEBUAH PUISI MUNAJAT MELAYU LAMA
(khazanah ruhaniah)

`Auuzubillaahi minas-syaithoonir-rajjiim
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
` Yaa ayyatuhay-nafsul-muthomainnah
Irji`ie ilaa rabbbiki raadhiatan mardhiyyah
fadkhulii fii `ibaadii wadkhulii jannatii`
Wahai jiwa yang tenang yakin!
kembalilah engkau kepada Tuhan mu dengan keadaan redhaa dan meredhai
masuklah ke dalam golongan hamba-hambaku dan masuklah ke dalam syurgaku

Allahu Rabbi yaa Kariim
Yaa Rahmaanu Yaa Rahiim
mohon terbukalah Nurrani
mohon terbukalah Rohani
mohon terbukalah Lataif Rabbani

Allah Qadim
Muhammad yatim
Fardhu daim kekasih Allah
malaikat tana Adam tapu
Nur tajalli sifaatullah
Nur menjadi kalaamullah
teranglah hati kami
ya Allah ya Allah ya Allah
terang seperti baginda Rasulullah s.a.w.

Sangat indah kuburnya nabi
mesjid sekeliling kubur di tengah
emas suasa pagar di tanah
kelambu sutera menyurat kalimah.

Antal-hadii antal-haqquu
laisal-haadi illaa hu
hasbi Rabbii Jalaalullah
maa fi qalbii ghairullaah
nur Muhammad sallallaah
Laailaahaillallaah. ( 3/10 kali)

Allahumma ya daaimal-fadhli `alal bariyyah
ya Baasithol-yadaini bil`athiyyah
ya shoohibal-mawaahibis-saniyyah
solli `alaa sayyidina Muhammadin khairil-waroo bis-sajiyyah
waghfir-lanaa yaa zal-`ulaa fii haazihil-`ashiyyah. (10 k)

(Dengan ingatan mesra: Mak Cik Urai 2008)
Al Fakir Ilaa rahmatillah.

1 comment: